Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2019

Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2019 akan menjadi edisi ke-17 Kejohanan Remaja B-17 UEFA (edisi ke-37 jika era Bawah 16 juga termasuk), sebuah kejohanan bola sepak remaja antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan negara lelaki bawah-17 Eropah. Ireland, yang telah dipilih oleh UEFA pada 9 Disember 2016, akan menjadi tuan rumah kejohanan.[1]Sebanyak 16 pasukan akan bermain di kejohanan ini, dengan pemain yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2002 layak menyertai. Bermula dari edisi ini, sehingga lima penggantian dibenarkan setiap pasukan dalam setiap perlawanan.[2] Selain itu, setiap perlawanan mempunyai tempoh tetap selama 90 minit, bukannya 80 minit pada musim sebelumnya.Sama seperti edisi terdahulu yang diadakan dalam tahun-tahun ganjil, kejohanan itu bertindak sebagai kelayakan UEFA untuk Piala Dunia B-17 FIFA. Lima pasukan teratas kejohanan ini akan melayakkan diri ke Piala Dunia B-17 FIFA 2019 di Peru sebagai wakil UEFA.Belanda adalah juara bertahan.

Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2019

Naib Juara  Itali
Tarikh 3–19 Mei 2019
Jumlah perlawanan 32
Pasukan 8 (dari 1 konfederasi)
Juara  Belanda (Kejuaraan Ke-4)
Penjaring terbanyak Adil Aouchiche
(9 gol)
Jaringan gol 104 (3.25 per perlawanan)
Separuh Akhir  Sepanyol
 Perancis
Negara tuan rumah  Ireland
Tempat 2 (di 2 bandar)

Rujukan

WikiPedia: Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2019 http://refereeingworld.blogspot.com/2019/04/uefa-u... http://www.uefa.com/under17/news/newsid=2429056.ht... http://www.uefa.com/under19/index.html https://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/Regu... https://www.uefa.com/insideuefa/about-uefa/news/ne... https://www.uefa.com/under17/season=2019/draws/rou... https://www.uefa.com/under17/season=2019/matches/r... https://www.uefa.com/under17/season=2019/matches/r... https://www.uefa.com/under17/season=2019/matches/r... https://www.uefa.com/under17/season=2019/matches/r...